top of page

Perlu Ke Tuisyen Online?

Updated: Jul 3, 2021

Berikutan Tempoh Kawalan Pergerakan, dimana semuanya hanya perlu duduk di rumah dan tak perlu ke mana-mana disebabkan wabak COVID-19 yang masih belum berakhir.

Susulan dari itu, banyak aktiviti yang terpaksa dikawal seperti keluar hanya perlu dan tiada kebenaran rentas negeri. Ianya termasuklah pergerakan anak-anak yang tidak perlu hadir ke sekolah. Anak-anak hanya akan dibimbing menggunakan PDP secara dalam talian. Jadi, persoalannya di sini adalah perlu ke Tuisyen Online?

Kami mengatakan bahawa ianya perlu. Ini 5 sebab dari pandangan pihak Tuisyen di Rumah.

1. Homework Terlalu Banyak

Kami yakin, ini masalah setiap pelajar yang dihimpit dengan kerja rumah yang banyak dari sekolah. Setiap hari akan ada sahaja kerja rumah yang diberikan. Malah, ada aduan yang kami terima, ada 5-6 subjek yang memberikan kerja rumah dalam satu hari.

Bayangkan, kalau 1 hari dah 5 subjek untuk kerja rumah. Kalau berlanjutan, 2 hari dah 10 kerja rumah, 10 hari dan dah 100 dan seterusnya?

Jadi, tujuan tuisyen online ini adalah untuk membantu para pelajar melakukan kerja rumah mereka.

Maksud kami, bukanlah kami buatkan kerja rumah yang diberikan. Cuma, kami bantu anak-anak anda untuk dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Maka, ianya memudahkan kerana tuisyen online yang kami tawarkan ialah tuisyen secara one-to-one jadi lebih fokus kepada anak anda.

2. Pelajar Ketinggalan Jauh

Berikutan PKP kemudiannya bertukar kepada PKPB, para pelajar masih lagi tidak dibenarkan ke sekolah. Perkara ini amat membimbangkan kerana pelajar telah ketinggalan jauh dari silibus pendidikan yang telah diwartakan.

Secara khusus, merujuk kepada pelajar yang sepatutnya UPSR atau PT3 tahun ini tetapi dibatalkan. Golongan ini pada tahun 2021 akan bertukar peringkat pelajaran dimana pelajar UPSR naik ke Tingkatan manakala pelajar PT3 naik ke Menengah Atas. Silibus pendidikan juga berubah dari silibus UPSR dan PT3 sebelum ini.

Jadi, sangatlah penting untuk pelajar ini menguasai sebaiknya pendidikan pada peringkat semasa supaya apabila masuk ke Tingkatan atau Menengah Atas, mereka tidak terlalu terkejut dengan ilmu yang baharu.

Ada diceritakan kepada kami, pelajar apabila masuk ke Tingkatan 1 sangat lemah kerana asas sewaktu di Sekolah Rendah masih lemah. Maka, sangat penting untuk pelajar menguasai pendidikan pada peringkat semasa.

Ada juga pelajar SPM yang dikatakan terpaksa belajar sendiri di rumah sementara tempoh tidak ke sekolah. Ianya turut merisaukan.

3. Memanfaat Masa Lapang Pelajar

4. Peluang Bantu Pelajar yang Lemah

Mungkin poin ini kelihatannya sama seperti poin yang kedua, bezanya adalah dari segi tuisyen online ini sebenarnya membantu pelajar yang sebelum ini sangat lemah dalam pelajaran. Jadi, inilah peluang untuk para pelajar seperti ini dibantu kerana mereka individu yang mungkin sebelum ini lambat dalam pelajaran.

Suasana di sekolah mungkin menunjukkan pelajar seperti ini kemurungan kerana tidak seperti kawan mereka yang lain maka tuisyen online perlu diambil peluang oleh ibu bapa khususnya supaya pelajar dapat dibantu.

Kita semestinya tahu, setiap pelajar mempunyai sisi kelebihan dan kelemahan maka sisi kelemahan perlulah ditambah baik supaya pelajar dapat menunjukkan dua sisi ini dalam pendidikan mereka.

Kesian lah dekat anak, mungkin murung melihat rakan-rakan lebih cepat dalam pembelajaran tetapi mereka masih pada tahap itu.

5. Medium Mudah Bertanya

Tuisyen online ini merupakan medium untuk pelajar mudah bertanya. Hal ini demikian kerana tuisyen online yang kami tawarkan ialah tuisyen secara LIVE panggilan video dan secara dua gala antara Guru dan Pelajar sahaja.

Maka, pelajar tak akan rasa malu untuk bertanya kerana kelas yang dijalankan adalah antara pelajar dan guru sahaja berbanding tuisyen secara berkumpulan.

............................................................................

Kesimpulannya, Tuisyen Online sebenarnya satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh para ibu bapa dalam memikirkan solusi terbaik untuk anak-anak.

Kami percaya ibu bapa juga risau melihat anak terpaksa online dengan gadget demi menghadap kerja rumah yang diberikan. Tuisyen online tidaklah mengambil masa yang lama. Hanya sekali dalam seminggu dengan kadar maksimum kelas 2 jam sahaja.

Jadi, masa masih lagi boleh diatur dengan baik. Buat lah pilihan yang tepat, kerana anda mampu mengubahnya.

Berminat nak cuba servis tuisyen online dengan kami? Kami menawarkan kelas tuisyen online untuk semua subjek akademik dari Prasekolah hingga tingkatan 5. Klik di sini jika berminat.

67 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários

bottom of page